Hadith Qudsi

Hadith Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: "Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda." - Hadith Qudsi -

Tuesday 18 March 2014

Cream Puffs



Assalamualaikum.




Alhamdulillah hari ini, saya akan kongsikan resepi membuat Cream Puffs.

Cream Puffs
Bahan-Bahan (sekeluarga)
- 100ml air
- 45gm butter suhu bilik dan dipotong 1cm
- 60gm tepung diayak
- 200gm/2biji telur

Cara-cara:
1. Masukkan air dengan butter ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana. Kemudian kuatkan hingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.

2. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

3. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.

4. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.

5. Pipekan doh dalam piping beg and picit mengikut saiz yang kita mahu.

6. Bakar dalam oven dengan suhu kepanasan 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C selama 25 minit.

7. Apabila sudah sejuk, guntingkan di tengahnya untuk dimasukkkan krim kastadnya.

Kastad
Bahan-Bahan (sekeluarga)
- 1 sudu besar tepung
- 1 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar gula
- 1 cup atau 200 cc susu segar
- 1 biji telur saiz besar
- 1 sudu besar mentega

Cara-cara
1. Masukkan tepung dan tepung jagung serta gula ke dalam mangkuk.

2. Kemudian tuangkan 1 hingga 2 sudu susu dan kacau hingga jangan berketul-ketul.

3. Masukkan telur dan masukkan baki susu dan kacau lagi. Kacau hingga pekat dan berkilat.

No comments:

Post a Comment