Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan aku berada di Kem PLKN
Nasuha Pagoh, kini aku kembali ke bumi Tenggara! Aku merupakan bekas pelatih
Kumpulan 2 Siri 11/2014 Nasuha Pagoh, WWB 629 bekas ahli kumpulan BRAVO, bekas
penginap Dorm 20, bekas pelajar kelas CB6 dan KN5 serta bekas ahli kumpulan
kecil Keris Sakti, Embracing Family dan Anak Malaysia. Woahhh banyak betul
bekasnya. Hehe. Aku disahkan tamat latihan PLKN pada 30MEI2014 (Pelepasan Awal). Hari ni dah 2 June 2014, kiranya dah 4
hari aku berada di rumah dan dah cukup rehat sangat sangat. So, aku bercadang
nak kongsi serba sedikit pengalaman dan informasi mengenai PLKN terutama PLKN
Nasuha Pagoh pada umum. Kalau ada yang berguna tu silakan diambil dan kalau ada
kesilapan atau agak membosankan harap dimaafkan.
05042014 hari
bersejarah dalam hidupku kerana pada tarikh ini lah bermulanya kehidupan aku
sebagai pelatih PLKN. Setelah mendaftar di tempat yang ditetapkan, aku dan rakan
bakal pelatih yang lain menaiki bas PLKN yang disediakan untuk dihantar ke kem
PLKN yang telah ditentukan. Memandangkan aku antara kumpulan atau batch pertama
kumpulan 2 dan bas pertama yang sampai jadinya keadaan di dalam Dewan Kuliah
(DK) sangat sepi kerana hanya kami yang ada. Setelah sampai kita dikehendaki
mendaftar atau melapor diri semula. Ketika ini lah kita akan diasingkan
mengikut kompeni. Ada 4 kompeni keseluruhannya iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan
Delta. Selepas itu, kita akan buat timbangan berat badan, ukur ketinggian dan
pengesahan sama ada kita ada alergik atau kita ni vegetarian. Sudah selesai
semua tu, kita akan mendaftar untuk di tentukan dorm dan katil. Selepas tu
barulah kita akan buat penyerahan phone. Selesai sudah mendaftar, tiba masa
untuk makan tengah hari, solat dan masuk dorm. Masa turun untuk pergi Dewan
Makan (DM), semua beg akan dibawa sekali dan di hadapan pejabat akan ada pihak
kastam buat pemeriksaan barang. Peringatan di sini, jangan sesekali bawa barang
yang tajam walaupun gunting, ubat sapu dibenarkan tapi ubat yang perlu telan
akan dirampas, bantal peluk/selimut ada yang kena rampas dan ada yang
dilepaskan (ikut budi bicara Jurulatih yang bertugas).
Aku dan rakan ( Ziana ) kebetulan kumpulan Bravo dan
jurulatih yang bertugas kata dorm Bravo atas lagi. Sementara Huda dapat Charlie
dan dorm dia betul betul sebelah pejabat. So, dengan berat hati aku dan Ziana
bergerak ke atas. Mengapa ke atas? Untuk makluman Kem PLKN Nasuha ni tempat dia
semua berbukit. Memang sangat jauh. Sebelum sampai ke dorm kami kena amik
cadar, sarung bantal dan selimut di pusat operator. Lepas tu kami tanya orang
operator, dorm Bravo dekat mana? Orang tu kata, Nampak tak papan tanda DM depan
tu? Kami jawablah, ye kami nampak. Kemudian dia kata, nampak tak bukit 45
darjah sebelahnya? Sekali lagi kami jawab, ye kami nampak. Dan orang operator tu kata, haa kamu
berdua naik bukit tu lepas tu belok kiri, dekat situlah dorm Bravo dan
belakangnya dorm Alpha. Automatik kami berdua terduduk. Fuhh! Jauh betul.
Dengan luggage, beg sandang, baldi dan barang dorm ni, kami perlu naik lagi
bukit? Mengeluh habis kami masa tu. Lepas jumpa dorm, aku terpaksa kemaskan
dorm seorang diri sebab aku penghuni pertama dan setelah 3jam berlalu barulah
penghuni kedua masuk. Penghuni kedua yang bertuah tu tak lain dan tak bukan Lee
Wan Juan! Haha aku masih ingat lagi gelagat dia masa first time dia masuk. So
cute and adorable! Hampir ke petang
barulah penghuni ketiga masuk dan dia ialah Ika.
Untuk makluman ada 3 kali kemasukan pelatih iaitu pada 0504,
0604 dan 0704. Mereka yang datang dari Kulai dan Kluang lapor diri pada 0504.
Manakala mereka yang datang daripada Johor Bahru pada 0604 dan 0704 adalah
untuk mereka yang datang dari Yong Peng dan Melaka. Pemakaian di sini sangat ketat
kerana hanya pakaian yang diisukan oleh PLKN sahaja yang dibenarkan pakai
kecuali pakaian untuk tidur. Sesi orientasi dijalankan selama satu minggu.
Minggu yang sangat memenatkan pada aku.
*Kebiasaanya kem PLKN lain satu dorm boleh memuatkan antara
20-50 orang. Tapi di Kem PLKN Nasuha, satu dorm boleh memuatkan hanya 10 orang
kerana dorm di sini mengikut style chalet.
Selepas melepasi masa kritikal iaitu orientasi, tibalah masa
untuk pelatih masuk ke kelas yang telah ditetapkan. Keseluruhannya ada 6 kelas.
Kelas ini dijalankan berdasarkan video dan kelas ini dipanggil kelas CB
(character building). Kelas CB ada 4 submodul dan setiap modul akan kurang
sehari bermula daripada 6 hari ke 3 hari. Selain daripada kelas, setiap kompeni
iaitu kompeni Alpha, Bravo, Charlie dan Delta akan diberikan tugasan untuk
membuat Pembinaan Kumpulan. Ketika ini, setiap kompeni akan mencabut undi bagi
tema untuk kompeni masing masing. Kompeni Alpha (Pepatung), Bravo (Kumbang),
Charlie (Rama-rama) dan Delta (Belalang). Semasa Pembinaan pasukan inilah kita
akan mencipta bendera. Bendera adalah maruah kompeni. Selama 2 bulan lebih aku
berada di PLKN, semua benda kompeni lain telah dirampas KECUALI bendera kompeni
aku BRAVO. Bagi kompeni yang bendera di rampas, pelatih kompeni terpaksa
menjalani hukuman yang disediakan Jurulatih untuk dapatkan semula bendera
kompeni. Jadi pengajarannya di sini, jagalah barang atau hak kita sebaiknya ye.
Semasa tempoh orientasi, pelatih akan menjalani latihan
kawad dari jam 2.30 hingga 4.30. Latihan kawad tidak berakhir apabila sesi
orientasi tamat. Bak kata JL Adnan, prinsip PLKN di sini, nampak langit
lenggang. Maksudnya apabila kita berbumbungkan langit, nak tak nak kita kena
berjalan atau berlari dalam keadaan kawad. Kalau tidak, bersiap sedia untuk
kena pumping style tentera. Aktiviti lain yang akan dijalankan pada waktu
petang iaitu antara jam 2.30 hingga 4.30 selaian daripada latihan kawad adalah
TTS (Tempur Tanpa Senjata), PC (Pertolongan Cemas), Latihan/Teori Kembara
Halangan, Teori Air dan Permainan Kreativiti. Permainan Kreativiti ada 2 iaitu
A Frame dan Sea Resque. Permainan Kreativiti, Teori/Latihan Air (Renang),
Kembara Halangan, Wirajaya, kawad kaki dan gerak kreatif merupakan antara
aktiviti yang akan dipertandingkan. Ohh terlupa, Pembinaan pasukan juga antara
yang dipertandingkan. Hasilnya, Alpha menjuarai dengan markah 87% dan diikuti
Bravo 86%, Charlie 84% serta Delta 70%.
Alhamdulillah selesai sudah Episod Pertama: Travelogku di
Kem PLKN Nasuha Pagoh. Episod Kedua akan menyusul kemudian.