Assalamualaikum.
Janji mesti ditepati! Hehe seperti yang dijanjikan, ini dia
EPISOD KEDUA: Travelogku di Kem PLKN Nasuha Pagoh. Untuk episode travelog kali
ni aku akan berkongsi mengenai aktiviti lain yang dijalankan di kem PLKN.
Selepas habis minggu orientasi, pelatih akan mulakan hari hari indah anda
dengan bangun pada jam 5 pagi untuk mandi dan bersiap seterusnya solat di
surau. Usai solat, semua pelatih akan berbaris di DK untuk melapor. Lapor pada
waktu ni as usual la kena nyanyi lagu Negaraku dan lagu Wira Wirawati Negara,
seterusnya bacaan ikrar, bacaan doa dan penghulu akan beri laporan kepada JL
yang bertugas. Laporan yang penghulu bagi adalah berdasarkan laporan daripada
ketua wira dan ketua wirawati. Untuk makluman, penaik bendera, pembaca ikrar
dan doa akan bertukar mengikut kompeni dan tiada yang terkecuali termasuk
wirawati. Di kem PLKN Nasuha rutin tersebut mengikut kaum. Jika minggu pertama
wira melayu/muslim jadi minggu berikutnya kaum lain (cina,india atau lain lain
bangsa) dan begitu juga kepada wirawati kecuali pembaca doa (khas untuk wira
sahaja).
Setelah aktiviti melapor selesai, tiba masa untuk PT pagi
dengan berpakaian PT. PT (Physical Training) akan dikendalikan JL kompeni masing
masing. Tepat jam 7.30 pagi, semua pelatih akan beredar ke DM untuk sarapan
pagi. Selesai sarapan, pelatih akan tukar pakaian kepada baju kelas kerana
pelatih akan masuk kelas tepat jam 9 pagi. Pada jam 10.30 pagi, pelatih akan
rehat untuk minum pagi. Selesai sahaja minum pagi, pelatih akan masuk kelas
semula dan kelas hanya akan berhenti tepat jam 12.30. setelah itu, pelatih akan
berbaris dan akan digerakkan ke surau bagi muslim dan DM bagi non muslim. Bagi
muslim usai solat zuhur akan bergerak ke DM untuk makan tengah hari. Selesai
sahaja makan tengah hari, pelatih akan tukar pakaian kepada pakaian PT atau
half loreng atau full loreng mengikut aktiviti yang akan dijalankan tepat pada
jam 2.30 petang. Aktiviti yang akan dijalankan akan bermula pada jam 2.30
sehingga 4.30. 4.30 petang adalah waktu untuk minum petang pelatih dan
seterusnya pelatih muslim akan bergerak ke surau untuk solat asar. Bagi yang
non muslim akan masuk dorm untuk buat pentadbiran bilik. Jika ada pelatih yang
terlibat dengan GHS (Gaya Hidup Sihat) mereka akan turun semula pada jam 5.30
ditempat yang ditetapkan JL.
Pada jam 6.30 petang semua pelatih akan turun DM untuk makan
malam. Bagi muslim setelah selesai makan akan terus ke surau untuk tunaikan
solat maghrib, kelas kerohanian dan solat isyak. Pada hari rabu dan khamis,
semua pelatih akan pakai baju kelas waktu malam kerana non muslim ada kelas
kerohanian. Selesai sahaja aktiviti di surau atau kelas kerohanian, pelatih
akan dikumpulkan di DM untuk minum malam pada jam 10.30 dan taklimat hari esok
oleh JL yang bertugas.
Kem PLKN Nasuha telah mewajibkan semua pelatih menghafal
kesemua lagu gerak kreatif. Kami ada 6 lagu keseluruhannya tidak termasuk lagu
Wira Wirawati Negara. Antara lagunya ialah Ukays-Bila diri disayangi, 1M4U,
1Malaysia, Warisan-Sudirman dan Saya Anak Malaysia. Aku paling suka dan paling
hafal koreografi lagu 1 Malaysia. Jika dibuat beramai ramai terasa semangat
patriotiknya. Kami di sini juga perlu mengikuti latihan senam seni selama
27minit++ pada waktu PT pagi. Senam seni ini adalah senaman gabungan semua
jenis tarian di Malaysia. Sangat seronok. Nampak mudah tapi bila buat terasa
payah dan sungguh memenatkan.
Aku tak ingat pada minggu keberapa tapi aku ada mengikuti
satu program khidmat komuniti yang dianjurkan kem PLKN Nasuha. Program khidmat
komuniti kali ini adalah program paling banyak penglibatan pihak luar yang
berkaitan kesihatan dan keselamatan. Sewaktu dalam perjalanan, kami diiringi
polis trafik dan kesemuanya ada 12 bas. Program Khidmat komuniti ini dijalankan
di Dataran Tanjong Mas, Muar. Turut terlibat sama peserta atau bekas pelatih
dibawah BSKN. Program khidmat komuniti kali kedua akan dijalankan di Port
Dickson, Negeri Sembilan. Pelatih akan dibawa melawat muzium tentera laut.
Malangnya program ini akan dijalankan selepas cuti sem dan aku tak dapat nak
ikut serta.
Pada 10052014 Kem PLKN dengan kerjasama Hospital Muar telah
menjalankan Program Derma Darah. Ramai pelatih yang melibatkan diri dalam
program ini namun tidak aku. Terus terang aku katakan aku memang takut darah
dan suntikan. Apatah lagi ummi aku sendiri tidak benarkan aku menderma darah
kerana tidak mahu aku letih. Seterusnya pada 15052014 merupakan hari yang
paling ditunggu tunggu oleh wira dan wirawati kem PLKN Nasuha Pagoh. Kenapa?
Inilah masanya untuk kami buat aktiviti elemen tali tinggi. Untuk wira,
aktiviti dijalankan pada 14052014. Elemen tali tinggi ini ada 2 iaitu repelling
dan flying fox. Mengikut maklumat yang diberi oleh KJ, hanya 11 kem PLKN
daripada 86 kem ada tempat untuk buat elemen tali tinggi dan antaranya adalah
KEM PLKN NASUHA. Untuk makluman juga, kem ini merupakan kem ke-8 terbaik
daripada 86 kem di Malaysia.
Aktiviti repelling sangat mencabar. Ye walaupun kita hanya
perlu turun dari menara tingkat 4 menggunakan tali namun apabila berada di atas
menara, hormone adrenaline kita secara automatic akan terangsang dan boleh
menyebabkan kita ketakutan. Manakala aktiviti flying fox di sini sangat best
kerana kita merentasi 2 tasik dan dihidangkan pemandangan hutan yang sangat menenangkan.
Selesai sahaja aktiviti elemen tali tinggi,pelatih akan dibawa melawat tapak
perkhemahan wirajaya dan diajarkan cara pemasangan khemah yang betul.
Suasana di Kem PLKN Nasuha sangat seronok, menenangkan dan
terbaik kerana kem ini terletak di Ladang Rempah Ratus milik Haji Nasuha yang
berkeluasan 4000++++ hektar. Kem yang penuh berbukit dan satu satunya kem di
mana padang bola terletak di puncak bukit paling tinggi. Terbaikkan? Hahaha.
Selesai sudah kisah traveloku pada kali ini. Travelog akan disambung pada
EPISOD KETIGA dan TRIVIA.
No comments:
Post a Comment