Hadith Qudsi

Hadith Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: "Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda." - Hadith Qudsi -

Wednesday 2 April 2014

Everything happen with a reason



Assalamualaikum.

Apabila kita dilanda musibah atau bencana, apakah yang akan kita sebut? Syukur, Alhamdulillah Ya Allah ATAU Ya Allah! Kenapa kau beri aku ujian yang berat ini? ATAU Subhanaallah, Allah masih sayangkan aku dengan menimpakan musibah kepadaku supaya aku kembali merintih padaNya ATAU Kenapa aku yang perlu tanggung semua ni?? ATAU Alaa musibah kecil je, aku tahu Allah pasti ada untuk tolong aku..

Mari kita sama sama muhasabah diri kita. Nilai diri sendiri, di tahap mana keimanan dan keredaan kita. Malaysia tika ini dilanda dengan berbagai bagai jenis musibah. Tragedi MH370, jerebu, kemarau dan demam denggi. Kenapa semua ini berlaku? Segelintir masyarakat menyalahkan pemimpin dan pemerintah negara, ada juga yang mengatakan semua ini hanyalah permainan politik, namun tidak bagi mereka yang percaya akan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Pada pendapat saya, pelbagai musibah melanda Malaysia tidak lain dan tidak bukan kerana Dia mahu menguji kita, umat Islam terutamanya. Jika musibah berlaku, kepada siapakah kita akan mengadu? Kepada siapakah kita akan meminta pertolongan? Ingatlah, Dia sentiasa menunggu kita merintih meminta pertolonganNya. Kenapa? Pastinya kerana Dia rindukan kita. Kita yang alpa, kita yang sibuk mengejar duniawi.. Dia hanya mahu kita memberi perhatian kepadaNya. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Masyaallah sungguh besar cinta Allah kepada kita kan?

Ingatlah wahai umat manusia! “Allah does not burden a soul beyond that it can bear” (Quran 2:286). Allah ada pemilik mutlak setiap hati makhluknya. Allah tahu apa yang sedang kita pendamkan, apa yang kita rasa dan sejauh mana kita mampu menanggung sesuatu musibah. Saya percaya Allah tidak akan sesekali membiarkan hambaNya terkontang kanting tanpa pertolongan setelah ditimpakan musibah. Musibah datang dalam pelbagai bentuk baik dari segi zahir mahupun batin. Hidup tenang tanpa masalah juga antara cara Allah mahu menguji hambaNya. 

Saya yakin semua yang berlaku pada saya ada hikmahNya. Allah tahu saya masih tidak boleh hidup sendiri iaitu berdikari tanpa ummi. Allah juga tahu saya masih tidak mampu mengurus diri sendiri dengan sempurna. Allah juga tahu saya mudah terpengaruh dengan gejala negative dan Allah jugalah yang lebih banyak tahu tentang diri saya lebih daripada saya sendiri. Oleh sebab itu, Allah telah merancang untuk menghantar saya  ke PLKN pada 5 April 2014 ini. Jujur saya katakan, pada awalnya saya geram, saya sedih dan saya tak sanggup. Namun begitu, setelah saya hayati, saya perhati dan saya timbang balik, rupanya inilah cara Allah nak mematangkan diri saya. Dia mengurniakan saya keputusan SPM 2013 yang Alhamdulillah sesuai dengan usaha saya dan berkat doa ummi. Awalnya saya merancang mahu terbang ke bumi Korea untuk melanjutkan pelajaran di sana, namun sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan. Perancangan saya tidak menjadi dan disebabkan itu saya hanya akan sambung pembelajaran di Malaysia. Hikmahnya di sini, saya akan lebih tekun belajar supaya cita cita saya untuk menjadi seorang Doktor Pakar Pediatrik dan melanjutkan pelajaran di Korea tercapai. Sungguh saya katakana, perancangan Allah sangat teliti untuk hambaNya. Dia mahu saya siap daripada segi emosi, mental, fizikal dan rohani yang sempurna dan lengkap sebelum saya terbang ke Korea. Subhanaallah cinta Allah sangat besar dan nikmatnya sungguh indah.

Percayalah! Allah sangat romantis dan cara Dia menunjukkan kasih sayangnya sangat unik. Kita sebagai umat Islam terutamanya, perlulah sentiasa bersabar, yakin dengan perancanganNya dan sentiasa bersyukur dengan rezeki nikmat yang diberi. Everything happen with a reason. Sentiasalah menyebut Rabbi yassir wala tu’assir apabila ditimpah musibah. Semoga Allah membuka jalan kepada permasalahan kita.

No comments:

Post a Comment