Hadith Qudsi

Hadith Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: "Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda." - Hadith Qudsi -

Saturday 1 February 2014

Sifat wajib bagi Allah s.w.t

Assalamualaikum.

Aku teringat masa aku kecil dulu dalam darjah 1-3, masa tu dekat sekolah agama. Kalau orang Johor dia tahulah sekolah agama tu macam mana. Yela sebabnya  Johor daripada dulu wajibkan kanak-kanak daripada umur 7 tahun sehingga 13 tahun pergi sekolah agama. Oh ya, aku cerita serba sedikit mengenai sekolah agama ni ye.. 

Sekolah agama ni sama je macam sekolah kebangsaan. Kita masuk daripada darjah 1 sampai la darjah 6. Lepas tu boleh sambung pergi darjah khas. Darjah khas ni diambil lepas kita lulus darjah 6. Darjah khas ni ada 4 pangkat. Pertama, pangkat 1. Kedua, pangkat 2. Ketiga, pangkat 3. Keempat, hmmm tiada pangkat. Tak lupa juga dia ada agregat taw.. lagi sikit agregat lagi hebat la. Tapi yang bestnya sekolah agama ni, kalau tak lulus tak boleh naik kelas (darjah). Haa best kan? Hehe. Cara ini berjaya membuatkan pelajar berusaha untuk lulus cemerlang dalam setiap peperiksaan supaya dapat naik kelas (darjah). So timbullah semangat nak berjaya daripada situ.

Okaylah back to the story, aku ingat la masa aku darjah.. hmm around darjah 1 hingga darjah 3 macam tu. Masa tu subjek tauhid ustazah wajibkan setiap orang ingat 20 sifat wajib bagi Allah Taala. Tapi tu laa budak kecil kan. Mana suka hafal. So ustazah buatkan lagu. Masa tulis entry ni tetibe pula lagu tu bermain dekat fikiran. Rasa seronok pula sebab teringat kisah dulu dulu. Hehe. 

Okaylah lets check it out 20 Sifat yang wajib bagi Allah Taala.
  1. Wujud – Ada
  2. Qidam – Sedia
  3. Baqa – Kekal
  4. Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith – Bersalahan Allah dengan yang baharu
  5. Qiyamuhu Ta’ala Binafsihi – Berdiri Allah dengan sendiriNya
  6. Wahdaniyah – Esa Allah
  7. Qudrah – Kuasa kudrat Allah (memberi bekas pada mengadakan dan mentiadakan tiap-tiap sesuatu)
  8. Iradah – Menghendaki (menentukan sekalian ‘mumkin’ tentang adanya atau tiadanya)
  9. Ilmu – Mengetahui
  10. Hayat – Hidup
  11. Sama’ – Mendengar
  12. Basar – Melihat
  13. Kalam – Berkata-kata
  14. Qadiran – Keadaan Allah yang berkuasa
  15. Muridan – Keadaan Allah yang menghendaki
  16. ‘Aliman – Keadaan Allah yang mengetahui
  17. Hayyan – Keadaan Allah yang hidup
  18. Sami’an – Keadaan Allah yang mendengar
  19. Basiran – Keadaan Allah yang melihat
  20. Mutakalliman – Keadaan Allah yang berkata-kata
Dah hafal semua 20 sifat wajib ni? Kalau belum.. cepat hafal ! wajib ni taw.. okay la kita dah tahu 20 sifat wajib bagi Allah Taala kan.. so jom kita check it out bahagian sifat 20 ni.
  1. Sifat Nafsiah – Wujud
  2. Sifat Salbiah – Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Ta’ala Lil Hawadith, Qiyamuhu Ta’ala Binafsihi dan Wahdaniyah
  3. Sifat Ma’aani – Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan Kalam
  4. Sifat Ma’nawiyah – Qadiran, Muridan, ‘Aliman, Hayyan, Sami’an, Basiran dan Mutakalliman
Alhamdulillah. Kita dah pun tahu 20 sifat yang wajib bagi Allah Taala dan bahagiannya sekali. Semoga dengan ini kita dapat lebih mengenali Tuhan pencipta Alam Semesta yang maha Esa lagi maha berkuasa iaitu Allah s.w.t dengan lebih dekat.

“Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmatKu)” (Al-Baqarah: 151-152)

No comments:

Post a Comment