Hadith Qudsi

Hadith Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: "Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda." - Hadith Qudsi -

Sunday 16 February 2014

Remaja versus CINTA

Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim.

Cinta adalah anugerah terindah yang dikurniakan dalam hati setiap manusia. Manusia mana yang tidak mahu bercinta? Mencintai dan dicintai. Seronok bukan? Cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Cinta antara si suami dan si isteri. Cinta antara anak dan ibu bapa. Kalau kita sebut sahaja CINTA, pasti! sudah pasti semua manusia tidak kira umur, bangsa dan agama pasti akan tertarik untuk berbahas lanjut mengenainya. Kuasa CINTA tidak dapat dihalang apatah lagi dibangkang. CINTA bukan politik. Tidak juga barang permainan.  CINTA mampu menyatukan  dua insan yang saling mencintai. CINTA mampu mengubah perwatakan seseorang individu. CINTA mampu membawa anda ke syurga dan CINTA juga mampu mengheret anda ke neraka.

CINTA itu buta. Betul. CINTA itu buta sebab mereka yang dilamun cinta akan sanggup buat apa sahaja untuk orang yang dicintai. Kerana cinta badan binasa. Kerana cinta hilang keluarga. Kerana cinta maruah dijaja. Wahai remaja Islam! Bangunlah. Sedarlah. Perbaikilah. Tetapkanlah imanmu. Istiqamahlah dengan ibadahmu. Wahai remaja Islam! CINTA memang menyeronokkan. CINTA itu mengkhayalkan. CINTA itu panah beracun iblis laknatullah untuk menyesatkanmu. Kau bebas bercinta. Kau bebas mencintai dan dicintai. Tetapi dengan hanya 1 syarat. Bercintalah di landasan Islam. Kahwinilah orang yang kamu cintai. Perkahwinan tersebut bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kamu, malah dengan berkahwin kamu bebas melakukan apa sahaja. Ya apa sahaja tanpa perlu khuatir dengan dosa. Kerana apa? Kerana semuanya HALAL! Kau mahu makanan yang memasuki badanmu dan yang akan menjadi darah dagingmu halal, tetap kenapa tidak pasanganmu? HALAL kanlah perhubungan melalui perkahwinan.

Sedih. Kasihan. Simpati. Semua ini perkataan cliché yang kita biasa dengar apabila ada bayi yang baru sahaja dilahirkan meninggal dan ditemui di tempat yang tidak sepatutnya. Wahai remaja Islam!  Bayangkan jika anda yang dibuang. Bayangkan jika anda sendiri diletakkan di tempat yang kotor. Apakah perasaan anda? Apakah yang anda mampu lakukan? Anda hanya seorang bayi kecil. Anda tidak berupaya melakukan apa apa. Bahkan anda tidak sempat melihat ibu yang melahirkan anda. Apakah perasaan anda? JANGAN KATA SEDIH kalau anda sendiri 2x5. JANGAN KATA SEDIH kalau anda sendiri pernah melakukannya. JANGAN KATA SEDIH kalau anda sendiri masih bergelumang dengan perkara yang membawa ke arah zina. Jujurlah. Tiada guna anda menjadi talam dua muka.

Beberapa hari yang lalu, aku ada membaca status facebook terkini seorang guru agama yang aku gelar Ustaz R. Ustaz R merupakan guru agama a.k.a guru disiplin sekolah aku. Tahu apa yang beliau tulis? Beliau sangat kesal akan tindakan seorang bekas pelajarnya. Perempuan. Sebaya dengan aku. Beliau berkata :
Tanpa rasa malu berdua-duan dengan pasangan yang bukan mahram. Tanpa rasa malu membonceng motor bersama pasangan bukan mahram. Tanpa rasa malu bercumbuan dan berpelukan dengan pasangan bukan mahram. Tanpa rasa malu aurat didedahkan. Tanpa rasa malu pelbagai perkara boleh berlaku. Syaitan dengan mudah melepaskan panah beracun. Kita tahu dan kita sedar bahawa syaitan itu permanent job dia nak menjatuhkan manusia, nak bawa manusia ke lembah kehinaan dan mahu manusia meninggalkan perintah Allah sebaliknya mengerjakan laranganNya. Takkanlah kita sebagai umat manusia, ISLAM, dengan mudah nak memudahkan lagi kerja syaitan tu? Apa kita dapat sebagai imbuhannya? DOSA. Ye dosa yang kita dapat. Dosa itu ibarat gaji kita sebab kita dah bantu syaitan buat kerja dia. Apa matlamat kita hidup di dunia sementara ni? Matlamat kita adalah untuk mengumpul bekalan agar perjalanan kita diakhirat kelak mudah. Agar kita dapat melintasi siratul mustaqim dengan lancar. Mengapa nak dikejar imbuhan dosa yang akhirnya memudaratkan diri? Mengapa tidak kita kejar PAHALA yang ganjaran cukup istimewa?

Wahai remaja Islam! Ingatlah! Sejahat-jahat iblis adalah sebaik-baik manusia. Yeah iblis memang jahat! Sebab dia mengheret kita membuat dosa melalui bisikan dan panahnya. TAPI kita perlu ingat. Itu adalah tugasnya. Dia hanya menjalankan tugas yang diperintahkan Allah. Banyangkanlah, iblis yang jahat tu pun patuh pada perintah Allah kecuali ketika dia diminta bersujud di hadapan Nabi Adam a.s.. Tapi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal masih lagi melanggar perintahNya dan mengerjakan laranganNya. Patutkah? 

Wahai remaja Islam! Tidak akan berlaku kemaksiatan jika dalam hati adanya IMAN. Iman tidak boleh diwarisi. Iman boleh meningkat dan berkurang. Kalau kita pandai memilih sahabat iaitu sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah tidak kira melalui perkataan, perbuatan, tindakan mahupun penampilan, pastinya kita juga turut terheret sama untuk meng’copy’ segala tindak tanduknya. Namun, jika kita memilih rakan iaitu rakan yang sentiasa mengajak dan mempengaruhi akal dan tindakan kita… anda fikirkanlah apa akibatnya.. anda cukup bijak menilai perbezaan di antara sahabat dan rakan.. Wasalam.

No comments:

Post a Comment