Hadith Qudsi

Hadith Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: "Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda." - Hadith Qudsi -

Tuesday 28 January 2014

Bahasa ke-4 (Korean-Hangul)

Assalamualaikum.

Fenomena Korean Pop atau singkatannya KPOP kian mengukuhkan tapaknya di negara tercinta kita, Malaysia. Siapa yang tak kenal Hallyu Star seperti Super Junior, TVXQ, 2AM, 2PM, 2NE1, BIGBANG, T-ARA, BEAST, SHINee, FT ISLAND dan yang terbaru kumpulan lelaki yang di anggotai 12 orang jejaka comel bersuara lunak iaitu EXO.

Hiburan dari korea ini tidak terhad kepada music semata-mata. Ombak drama korea seperti The Heirs, Arang and The Magistrate, Flower Boy Ramyun Shop, BIG, Protect The Boss, Rooftop Prince, I MISS U dan sebagainya mulai mewarnai kehidupan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan remaja. Tidak lupa juga rancangan hiburan ‘variety show’ korea seperti Running Man, Golden Bell, Star King, Dream Team, Happy Together, Weekly Idol, We Got Married dan sebagainya. Rancangan hiburan korea yang santai ini sesuai untuk ditonton bersama-sama ahli keluarga. 

Namun begitu, untuk menonton rancangan kegemaran korea kita ini kita hanya bergantung kepada subtitle seperti ENG SUB. Tidak salah untuk kita bergantung kepada subtitle semata-mata namun alangkah lebih baik jikalau kita mampu memahami setiap bait perkataan korea itu sendiri.

Mempelajari bahasa asing adalah suatu pekara yang sangat menyeronokkan. Kita akan menjadi lebih istimewa jika kita tahu bahasa yang orang lain tak tahu. Tambahan pula bahasa yang kita belajar ini adalah bahasa kegemaran kita. Bukanlah bermaksud kita mengangungkan bahasa asing tapi untuk belajar perkara baru minat dan kesungguhan perlu ada.

Hangul merupakan bahasa ke-4 yang aku pelajari selain bahasa ibundaku iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Hmm setelah aku pelajari bahasa korea ini, ternyata bahasa korea ini tidaklah sesusah mana. Kita hanya perlu tahu character abjadnya, cara tulisnya dan bagaimana sebutannya. Mudah bukan? Okay la meh aku tunjukkan characters yang terdapat dalam hangul.


Terdapat banyak cara/kaedah untuk kita belajar bahasa korea. Asalkan adanya kesungguhan sesuatu perkara yang sukar akan menjadi mudah.  Selain daripada facebook, twiiter, youtube dan internet, aku belajar mengenai bahasa korea ini melalui buku. Terdapat banyak buku belajar bahasa korea di pasaran. Okaylah mari kita lihat serba sedikit perkataan korea yang berguna untuk kita gunakan seharian.



Setakat ini dahulu perkongsian aku mengenai bahasa korea. Aku akan cuba untuk update cara mudah belajar bahasa korea kelak. Insyaallah..

Karangan bahasa Melayu pelajar SPM

Assalamualaikum.

SPM. Setiap tahun pelajar tingkatan 5 nak atau tak nak, takut atau ‘excited’ pasti akan lalui satu peperiksaan umum yang akan menentukan hala tuju kehidupan pelajar seterusnya. Kalau PMR penting untuk menentukan aliran semasa di tingkatan 4, SPM pula penting untuk menentukan bidang kerjaya yang akan kita ceburi kelak.

Subjek Bahasa Melayu bukan lagi asing dalam pembelajaran pelajar sekolah di Malaysia. Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, Bahasa Melayu ini hanyalah subjek bahasa. Tidak penting sebagai mana subjek Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia dan sebagainya. Namun begitu subjek Bahasa Melayu merupakan antara penentu keputusan seseorang pelajar SPM itu lulus atau sebaliknya.

Mungkin guru bahasa Melayu anda telah pun memberikan serba sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan SPM bagi subjek ini. Peribahasa Melayu ada mengatakan, lain orang lain ragamnya. Begitu juga dengan guru. Lain guru lain juga la cara pengajarannya. Sewaktu aku masih di tingkatan 5 (tahun lepas je pun) terus terang aku katakan kadang-kadang aku rasa tertekan dengan cara P&P guru bahasa Melayu. Bukan sebab apa.. aku paling lemah kalau kena buat karangan 1 perenggan 10 minit. Woahhh nak perah idea dalam waktu yang diberikan + pantun di akhir perenggan memanglah amat menyukarkan aku pada awalnya. Tetapi setelah sekian lama aku mulai selesa dengan cara P&P tersebut.

EN. YAZID BIN AMBIA. Belia adalah guru bahasa Melayu kelas 5 Sains 1 (2013), guru pantun dan guru penasihat badan pengawas sekolah merupakan antara guru yang aku hormati dan senangi. Beliau seorang yang sangat kreatif dan inovatif. Tak lupa juga beliau seorang yang suka bercerita. Senang kata beliau seorang yang berpandangan luas dan berilmu.

Antara kaedah yang digunakan beliau untuk menghasilkan karangan bahasa Melayu yang cemerlang adalah:
Membuat karangan 1 perenggan selama tempoh minumun 10 minit. Haa karangan 1 perenggan ni bukan karangan yang pelajar SPM biasa buat taw. 1 perenggan ni bersamaan 1 muka surat ‘testpad’. Contohnya macam ni…

 Pada setiap perenggan, kami semua diwajibkan mempunyai 4 elemen iaitu peribahasa, pendapat tokoh, merentasi kurikulum dan kosa kata menarik. Semuanya di singkatkan menjadi (P_,PT_,MK_,KK_). Keempat-empat elemen ini akan kami letakkan di ruang paling bawah ‘testpad’. Setelah selesai sahaja membuat karangan atau sebelum membuat karangan, kami perlu memastikan 4 elemen ini ada dalam isi karangan kami. Paling minimum setiap 4 elemen ini kami ada senaraikan 1. Lagi banyak lagi bagus. Tapi dinasihatkan supaya  4 elemen yang akan digunakan itu bersesuaian dan menepati tajuk isi karangan.
Selain daripada itu, saya juga di ajar untuk menghasilkan dan menulis pantun di awal karangan (pendahuluan) dan di akhir karangan (konklusi). Contohnya macam ni..


Pembetulan keselahan tatabahasa antara kaedah yang En.Yazid bin Ambia praktikkan bersama-sama kami. Undang-undang pembetulan kesalahan tatabahasa yang beliau gunakan untuk latihan penulisan:
1 kesalahan = 99 kali pembetulan
2 kesalahan = 75 kali pembetulan
3 kesalahan = 55 kali pembetulan
4 kesalahan = 25 kali pembetulan
Kesalahan ini juga merangkumi  perkataan. Tamsilnya, jika pelajar tersebut melakukan kesalahan tatabahasa seperti ialah dengan sepatutnya adalah dengan.. jumlah perkataan yang salah ada 2. Oleh itu pelajar tersebut perlu membuat pembetulan sebanyak 75kali. Selain itu, kesalahan ini juga merujuk kepada kesalahan berulang. 


Kami semua juga diwajibkan mengingat semua nama menteri kabinet Malaysi, Mutiara Kata Tokoh-tokoh terkenal dan peribahasa yang bersesuaian. 

Seseorang pelajar SPM perlu mengetahui bahawa karangan bahasa Melayu pelajar cemerlang mestilah matang, berskop luas dan mempunyai kata-kata yang mampu menarik minat semua orang yang membaca. Oleh itu, kepada pelajar SPM tahun ini terutamanya pelajar SPM SMKBT2, aku harap kamu semua dapat memahami dan cubalah ikhlaskan hati untuk belajar. Ingatlah, ilmu itu tidak akan datang kepada orang yang tak ikhlas menerimanya.

Monday 27 January 2014

Resipi Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku akan kongsikan resepi puding roti sos kastard. Sejujurnya, aku lebih suka masak cake atau dessert sebab dia tak payah nak kena main potong-potong bawang la lada laa. woahh aku kalau dah start buat tu semua.. mata ni dah macam empangan air jadinya.. tu belum lagi tangan merah la pijau laa.. huuuu macam macam dugaannya.. >.< so lets check it out bahan bahan yang kita perlukan.. ups! tapi sebelum tu.. meh la tengok dulu gambar hasil masakan aku.. hehe ;)


Bahan-bahan Puding Roti :
  • 10 keping roti butterscotch
  • 2 sudu besar marjerin / mentega
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin susu segar
 Cara-cara :
  • Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  • Sapukan marjerin / mentega ke atas roti tersebut.
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen vanilla dan susu segar. Kacau rata.
  • Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
  • Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam peti ais.
Bahan-bahan Sos Kastad :
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin / 400ml susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula
  • ½ sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau supaya semuanya sebati.
  • Masak di atas api perlahan sehingga adunan menjadi pekat.
  • Angkat dan sejukkan.  
TIPS: Kalau nak guna roti putih biasa pun boleh. Sebagai hiasan letak la sedikit kismis ke dalam adunan. Selain itu, puding roti sos kastard ini sedap dimakan bersama buah strawberry atau buah pic. SELAMAT MENCUBA! 

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum.

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku perkatakan. Aku tidak tahu apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakitimu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara benar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

14 Jenis lelaki dayus

Assalamualaikum.

Lelaki merupakan insan yang pertama dicipta oleh Allah swt iaitu seorang lelaki yang diberi nama Adam alaihisalam. Nabi Adam dikenali sebagai bapa kepada sekalian manusia. Lelaki diciptakan oleh Allah swt bukan sahaja untuk menegakkan ajaran Islam, membawa manusia ke jalan Allah dan memberi tunjuk ajar dek kerana sikap kepimpinan yang ada dalam diri setiap manusia bergelar lelaki. Namun begitu lelaki juga ditugaskan untuk menjadi pelindung kepada wanita.

 Oleh kerana itu Allah menciptakan manusia ini berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Wanita merupakan makhluk ciptaan Allah yang lemah ,yang sentiasa memerlukan pendamping, yang sentiasa memerlukan perhatian khusus, yang sentiasa ingin dilindugi dan yang sentiasa akan melahirkan umat manusia yang seterusnya.

Malangnya, pada era modenisasi ini kebanyakan lelaki mulai alpa akan tanggungjawab mereka melindungi dan memimpin kaum hawa ke jalan Allah. Mereka terutamanya lelaki yang bergelar suami ini tanpa disedari bersikap dayus. Dayus merupakan istilah yang sangat dibenci oleh lelaki. Mereka pastinya naik angin bila dituduh dayus. Namun begitu mereka sebenarnya tidak menyedari apa itu dayus yang sesungguhnya. 

Terdapat 14 jenis lelaki dayus:
  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari tempat kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat seperti terselak kain semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan auratnya terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ‘berdating’ dengan tunangnya atau lelaki lain yang  bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah dengan alasan kononnya ibu bapanya ‘sporting’ yang memahami.
  6. Menyuruh, membenarkan atau berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya  memasuki pertandingan reality yang berunsur hiburan sehingga mempamerkan kecantikkan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
  9. Membiarkan isteri berkerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam sepertinya menyelamatkan dari lemas dan yang sepertinya.
  11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  12. Membiarkan isteri dan anak perempuan dirawati oleh doktor lelaki sedangkan terdapat klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  13. Membiarkan isteri pergi ke tempat kerja dengan menumpah rakan sepejabat lelaki tanpa rasa cemburu.
  14. Membiarkan isteri berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Seorang lelaki dan suami yang soleh pastinya akan menitik beratkan soal penjagaan dunia dan akhirat terhadap keluarganya. Tanggungjawab seorang lelaki ini sangatlah berat. Dengan hanya leka akan tuntutan penjagaan aurat oleh isteri, anak perempuan atau adik perempuan. Lelaki yang tidak pernah menegur apatah lagi member nasihat dengan mudahnya diheret ke neraka. Nauzubillahhiminzalik. Semoga kita semua umat Islam terutamanya jauh daripada azab dan siksaan Allah baik di dunia mahupun di akhirat. Amin..

Amalan untuk wanita mengandung

Assalamualaikum.

Entry kali ni kita masih bercerita mengenai wanita mengandung. Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat di Barat percaya jika seseorang wanita mengandung itu memperdengarkan lagu lagu klasik kepada si bayi ketika dalam proses tumbesaran dalam kandungan, bayi tersebut akan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Segelintir masyarakat Malaysia juga sudah mula mengamalkan aktiviti tersebut ketika hamil. Namun begitu terdapat kaedah atau amalan lain yang kita boleh gunakan bukan sahaja untuk mendapatkan anak yang pintar malahan juga anak yang mempunyai paras rupa cantik, akhlak yang mulia, terang hati dan sebagainya.

Al-Quran bukan sahaja diturunkan sebagai mukjizat oleh Allah swt kepada kekasihNYA Nabi Muhammad saw, namun di dalam Al-Quran itu sendiri terkandung pelbagai ilmu. Manusia terutama umat Islam seharusnya meneroka ilmu Al-Quran. Al-Quran turut mengandungi amalan amalan yang boleh diamalkan wanita hamil demi kepentingan anak dan kesejahteraan Islam.

Antara surah dalam Al-Quran yang boleh diamalkan oleh wanita yang mengandung adalah seperti:
  1. SURAH AL-FATIHAH (untuk terang hati dan kuat daya ingatan)
  2. SURAH LUQMAN (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya)
  3. SURAH AL-HUJARAT (untuk memperbanyak susu ibu dan sifat berhati hati si anak)
  4. SURAH AT TAWBAH (untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat)
  5. SURAH MARYAM (untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh)
  6. SURAH YUSUF (untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  7. SURAH YASIN (untuk ketenangan hati dan anak jauh daripada godaan iblis dan syaitan)
  8. SURAH AN NAHL [ayat 78] (untuk melahirkan anak yang berdisiplin)

Selain daripada itu, wanita mengandung turut digalakkan membuat seberapa banyak latihan matematik dalam usaha memperoleh anak yang pintar dalam subjek tersebut. Wanita mengandung juga digalakkan membaca doa doa lain yang boleh membantu memperoleh anak yang soleh dan taat kepada agama.

Anak merupakan asset yang berharga bukan sahaja kepada ibu bapa, malah juga kepada pembangunan insan sejagat dan kesejahteraan Islam. Anak merupakan anugerah Allah kepada pasangan suami isteri yang terpilih dan anak juga merupakan amanah Allah kepada para ibu bapa. Didiklah anak yang diamanahkan itu sebaiknya. Berilah didikan agama yang mencukupi dan hiduplah dalam suasana yang berpegang utuh dengan ajaran Islam. Sesungguhnya anak itu ibarat kanvas putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak warna kehidupan anak yang seterusnya. Ingatlah terdapat ramai pasangan suami isteri di setiap pelosok dunia yang inginkan cahaya mata tetapi Allah belum memberi amanah anak ini kepada mereka. Oleh itu, sayangi lah dan peliharalah amanah Allah ini sebaiknya. Semoga amanah Allah ini mampu membawa kita ke syurga dan hidup dalam reda Allah swt.. Insyaallah.

Sunday 26 January 2014

Ragam wanita mengandung

Assalamualaikum.

Lahirnya seorang anak ke dunia ni telah tertulis rezeki untuknya dan kedua dua ibu bapanya, jodohnya serta takdir hidupnya.  Proses melahirkan anak bukanlah suatu perkara yang mudah kerana seseorang ibu itu diibaratkan seperti bertarung nyawa hanya untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad di muka bumi Allah yang luas ini. Subhanallah.  Proses mengandung yang dirasai selama hampir 9 bulan 10 hari disulam dengan pelbagai ragam.

Pada tarikh 24 Julai 1996 lahirnya seorang muslimah yang diberi nama SITI NOOR ALLIA BINTI NOOR ARIFFIN yang merupakan anak sulung pasangan Rokiah Binti Othman dan Noor Ariffin bin Ahmad.. Siapakah itu? Haa sudah semestinya la aku.. kekeke >.<  Dalam keluarga aku ni agak kepoh + kecoh + tegas + kadang-kadang sensitive terlebih + kurang tahap kesabaran tapi bukan perengus + perfectionist ( semua benda aku nak perfect.. hehe).. Dah kenapa aku promote diri pula ni =.=’’ Okay la back to the story la kan.. Aku sebenarnya dilahirkan lewat 3 hari.. aku ulang 3 HARI!! Maksudnya orang lain 9 bulan 10 hari tapi aku 9 bulan 13 hari.. special gitu..  Doktor bidan tu kata aku tak nak tengok dunia. Tapi tak tahu la kan..

Aku ni jenis yang suka nak tahu.. semua benda aku nak tahu.. adik adik aku pun 9 bahagi 3 dengan aku.. hehe. So pada suatu hari tu aku pun tanya la ummi macam mana ummi lahirkan aku, apa yang ummi mengidam masa mengandungkan aku, kenapa aku boleh lewat 3 hari.. macam macam la aku tanya.. tapi aku tak nak cerita yang macam macam tu.. aku nak cerita bab mengidam..

Wanita mengandung ni kalau time mengandung memang confirm mengidam yang bukan bukan kan? Aku tak tahu laa sebab aku tak ada anak.. kahwin pun tak lagi.. baru habis spm woo.. ni aku cerita atas pemerhatian, analisa dan pengalaman ummi aku sendiri..

Masa ummi aku mengandungkan aku, ummi kata ummi mengidam 2 benda.. nak tahu apa? Pertama buah delima. Kedua bau petrol.. Hihihi.. bab buah delima tu best. Yela buah delima kan sedap di makan. Antara buah buahan berkhasiat yang diberi perhatian khusus dalam Islam. Ummi cerita setiap hari ummi mesti kena makan buah delima.. dekat dalam fridge tu mesti kena ada stock buah delima. Pernah suatu hari ummi sanggup pergi Singapore semata mata nak beli buah delima. Singapore? Jauh tu.. haha. Tak la bukan jauh mana.. lagipun kami sekeluarga ni anak jati Johor.. setakat Johor nak ke Singapore rentas jambatan dekat stulang tu je.. Bab petrol tu pun best juga. Ummi kata kalau pergi isi minyak dekat stesen minyak tu memang confirm la ummi akan menyelam sambil minum air.. sambil isi minyak sambil amik itu bau petrol.. ummi kata time mengandungkan aku bau petrol tu wangi.. manis.. hahaha >.< tapi lepas aku selamat dilahirkan bau petrol tu ummi dah tak tahan. Tak suka katanya.. Aku suka buah delima tapi tak berapa sangat.. Kalau bau petrol fuhh! Aku memang suka tahap dewa la kan.. 

Selain tu, ada juga aku dengar wanita mengandung ni dia nak makan sabun! Haha. Sabun dia nak makan =.=’’ lepas tu sekarangkan fenomena KPOP ada pula tu wanita mengandung ni dia obses nak tengok drama korea, lagu korea.. -.- macam macam.. tu belum lagi yang suka minta bukan bukan. Tengah tengah malam minta laksa, mee rebus, nasi lemak.. kalau duduk KL tu tak apa la.. ni kalau duduk kampung ke luar Bandar ke.. mana hang nak dapat benda alah tu tengah tengah malam?? Lepas tu bila keinginan tidak dipenuhi mula la kata kempunan anak dalam kandungan ni.. Hahaha.. drama betul -.-

Walau apa pun wanita mengandung ni kita kena hormat, manjakan dan penuhi keinginan dia selagi termampu kalau dah tak mampu tu jangan pula gatal minta macam macam.  Ohh tapi bukan setakat bukan wanita mengandung je taw.. dah kalau namanya wanita kenalah kita beri perhatian lebih.. baik daripada kanak kanak perempuan, remaja perempuan, wanita berusia dan warga emas semuanya.. aku ulang SEMUANYA perlu kita manjakan, lindungi dan sayangi..

Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seoarang perempuan, wanita dan muslimah. Terima kasih ya Allah kerana mengutuskan aku dan memberi amanah penjagaan anak (aku) ini kepada keluarga Islam yang sentiasa mengingatiMu mengikut perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Alhamdulillah..