SPM. Setiap tahun pelajar tingkatan 5 nak atau tak nak,
takut atau ‘excited’ pasti akan lalui satu peperiksaan umum yang akan
menentukan hala tuju kehidupan pelajar seterusnya. Kalau PMR penting untuk
menentukan aliran semasa di tingkatan 4, SPM pula penting untuk menentukan
bidang kerjaya yang akan kita ceburi kelak.
Subjek Bahasa Melayu bukan lagi asing dalam pembelajaran
pelajar sekolah di Malaysia. Mungkin pada pandangan sesetengah pihak, Bahasa
Melayu ini hanyalah subjek bahasa. Tidak penting sebagai mana subjek Matematik,
Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia dan sebagainya. Namun begitu subjek
Bahasa Melayu merupakan antara penentu keputusan seseorang pelajar SPM itu
lulus atau sebaliknya.
Mungkin guru bahasa Melayu anda telah pun memberikan serba
sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan SPM bagi subjek ini. Peribahasa
Melayu ada mengatakan, lain orang lain ragamnya. Begitu juga dengan guru. Lain
guru lain juga la cara pengajarannya. Sewaktu aku masih di tingkatan 5 (tahun
lepas je pun) terus terang aku katakan kadang-kadang aku rasa tertekan dengan
cara P&P guru bahasa Melayu. Bukan sebab apa.. aku paling lemah kalau kena
buat karangan 1 perenggan 10 minit. Woahhh nak perah idea dalam waktu yang
diberikan + pantun di akhir perenggan memanglah amat menyukarkan aku pada
awalnya. Tetapi setelah sekian lama aku mulai selesa dengan cara P&P
tersebut.
EN. YAZID BIN AMBIA. Belia adalah guru bahasa Melayu kelas 5
Sains 1 (2013), guru pantun dan guru penasihat badan pengawas sekolah merupakan
antara guru yang aku hormati dan senangi. Beliau seorang yang sangat kreatif
dan inovatif. Tak lupa juga beliau seorang yang suka bercerita. Senang kata
beliau seorang yang berpandangan luas dan berilmu.
Antara kaedah yang digunakan beliau untuk menghasilkan
karangan bahasa Melayu yang cemerlang adalah:
Membuat karangan 1 perenggan selama tempoh minumun 10 minit.
Haa karangan 1 perenggan ni bukan karangan yang pelajar SPM biasa buat taw. 1
perenggan ni bersamaan 1 muka surat ‘testpad’. Contohnya macam ni…
Pada setiap perenggan, kami semua diwajibkan mempunyai 4
elemen iaitu peribahasa, pendapat tokoh, merentasi kurikulum dan kosa kata menarik.
Semuanya di singkatkan menjadi (P_,PT_,MK_,KK_). Keempat-empat elemen ini akan
kami letakkan di ruang paling bawah ‘testpad’. Setelah selesai sahaja membuat
karangan atau sebelum membuat karangan, kami perlu memastikan 4 elemen ini ada
dalam isi karangan kami. Paling minimum setiap 4 elemen ini kami ada senaraikan
1. Lagi banyak lagi bagus. Tapi dinasihatkan supaya 4 elemen yang akan digunakan itu bersesuaian
dan menepati tajuk isi karangan.
Selain daripada itu, saya juga di ajar untuk menghasilkan
dan menulis pantun di awal karangan (pendahuluan) dan di akhir karangan
(konklusi). Contohnya macam ni..
Pembetulan keselahan tatabahasa antara kaedah yang En.Yazid bin Ambia praktikkan bersama-sama kami. Undang-undang pembetulan kesalahan tatabahasa yang beliau gunakan untuk latihan penulisan:
1 kesalahan = 99 kali pembetulan
2 kesalahan = 75 kali pembetulan
3 kesalahan = 55 kali pembetulan
4 kesalahan = 25 kali pembetulan
Kesalahan ini juga merangkumi perkataan. Tamsilnya, jika pelajar tersebut
melakukan kesalahan tatabahasa seperti ialah dengan sepatutnya adalah dengan..
jumlah perkataan yang salah ada 2. Oleh itu pelajar tersebut perlu membuat
pembetulan sebanyak 75kali. Selain itu, kesalahan ini juga merujuk kepada
kesalahan berulang.
Kami semua juga diwajibkan mengingat semua nama menteri kabinet
Malaysi, Mutiara Kata Tokoh-tokoh terkenal dan peribahasa yang bersesuaian.
Seseorang pelajar SPM perlu mengetahui bahawa karangan bahasa
Melayu pelajar cemerlang mestilah matang, berskop luas dan mempunyai kata-kata
yang mampu menarik minat semua orang yang membaca. Oleh itu, kepada pelajar SPM
tahun ini terutamanya pelajar SPM SMKBT2, aku harap kamu semua dapat memahami
dan cubalah ikhlaskan hati untuk belajar. Ingatlah, ilmu itu tidak akan datang
kepada orang yang tak ikhlas menerimanya.
No comments:
Post a Comment