Entry kali ni aku akan kongsikan resepi puding roti sos kastard. Sejujurnya, aku lebih suka masak cake atau dessert sebab dia tak payah nak kena main potong-potong bawang la lada laa. woahh aku kalau dah start buat tu semua.. mata ni dah macam empangan air jadinya.. tu belum lagi tangan merah la pijau laa.. huuuu macam macam dugaannya.. >.< so lets check it out bahan bahan yang kita perlukan.. ups! tapi sebelum tu.. meh la tengok dulu gambar hasil masakan aku.. hehe ;)
Bahan-bahan Puding Roti :
- 10 keping roti butterscotch
- 2 sudu besar marjerin / mentega
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 tin susu segar
Cara-cara :
- Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
- Sapukan marjerin / mentega ke atas roti tersebut.
- Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen vanilla dan susu segar. Kacau rata.
- Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
- Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam peti ais.
Bahan-bahan Sos Kastad :
- 2 sudu besar tepung kastad
- 1 tin / 400ml susu cair
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu besar gula
- ½ sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau supaya semuanya sebati.
- Masak di atas api perlahan sehingga adunan menjadi pekat.
- Angkat dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment