Hadith Qudsi

Hadith Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: "Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda." - Hadith Qudsi -

Monday 27 January 2014

Amalan untuk wanita mengandung

Assalamualaikum.

Entry kali ni kita masih bercerita mengenai wanita mengandung. Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat di Barat percaya jika seseorang wanita mengandung itu memperdengarkan lagu lagu klasik kepada si bayi ketika dalam proses tumbesaran dalam kandungan, bayi tersebut akan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Segelintir masyarakat Malaysia juga sudah mula mengamalkan aktiviti tersebut ketika hamil. Namun begitu terdapat kaedah atau amalan lain yang kita boleh gunakan bukan sahaja untuk mendapatkan anak yang pintar malahan juga anak yang mempunyai paras rupa cantik, akhlak yang mulia, terang hati dan sebagainya.

Al-Quran bukan sahaja diturunkan sebagai mukjizat oleh Allah swt kepada kekasihNYA Nabi Muhammad saw, namun di dalam Al-Quran itu sendiri terkandung pelbagai ilmu. Manusia terutama umat Islam seharusnya meneroka ilmu Al-Quran. Al-Quran turut mengandungi amalan amalan yang boleh diamalkan wanita hamil demi kepentingan anak dan kesejahteraan Islam.

Antara surah dalam Al-Quran yang boleh diamalkan oleh wanita yang mengandung adalah seperti:
  1. SURAH AL-FATIHAH (untuk terang hati dan kuat daya ingatan)
  2. SURAH LUQMAN (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya)
  3. SURAH AL-HUJARAT (untuk memperbanyak susu ibu dan sifat berhati hati si anak)
  4. SURAH AT TAWBAH (untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat)
  5. SURAH MARYAM (untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh)
  6. SURAH YUSUF (untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  7. SURAH YASIN (untuk ketenangan hati dan anak jauh daripada godaan iblis dan syaitan)
  8. SURAH AN NAHL [ayat 78] (untuk melahirkan anak yang berdisiplin)

Selain daripada itu, wanita mengandung turut digalakkan membuat seberapa banyak latihan matematik dalam usaha memperoleh anak yang pintar dalam subjek tersebut. Wanita mengandung juga digalakkan membaca doa doa lain yang boleh membantu memperoleh anak yang soleh dan taat kepada agama.

Anak merupakan asset yang berharga bukan sahaja kepada ibu bapa, malah juga kepada pembangunan insan sejagat dan kesejahteraan Islam. Anak merupakan anugerah Allah kepada pasangan suami isteri yang terpilih dan anak juga merupakan amanah Allah kepada para ibu bapa. Didiklah anak yang diamanahkan itu sebaiknya. Berilah didikan agama yang mencukupi dan hiduplah dalam suasana yang berpegang utuh dengan ajaran Islam. Sesungguhnya anak itu ibarat kanvas putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak warna kehidupan anak yang seterusnya. Ingatlah terdapat ramai pasangan suami isteri di setiap pelosok dunia yang inginkan cahaya mata tetapi Allah belum memberi amanah anak ini kepada mereka. Oleh itu, sayangi lah dan peliharalah amanah Allah ini sebaiknya. Semoga amanah Allah ini mampu membawa kita ke syurga dan hidup dalam reda Allah swt.. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment