Lelaki merupakan insan yang pertama dicipta oleh Allah swt
iaitu seorang lelaki yang diberi nama Adam alaihisalam. Nabi Adam dikenali
sebagai bapa kepada sekalian manusia. Lelaki diciptakan oleh Allah swt bukan
sahaja untuk menegakkan ajaran Islam, membawa manusia ke jalan Allah dan memberi
tunjuk ajar dek kerana sikap kepimpinan yang ada dalam diri setiap manusia
bergelar lelaki. Namun begitu lelaki juga ditugaskan untuk menjadi pelindung
kepada wanita.
Oleh kerana itu Allah
menciptakan manusia ini berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Wanita merupakan
makhluk ciptaan Allah yang lemah ,yang sentiasa memerlukan pendamping, yang
sentiasa memerlukan perhatian khusus, yang sentiasa ingin dilindugi dan yang
sentiasa akan melahirkan umat manusia yang seterusnya.
Malangnya, pada era modenisasi ini kebanyakan lelaki mulai
alpa akan tanggungjawab mereka melindungi dan memimpin kaum hawa ke jalan
Allah. Mereka terutamanya lelaki yang bergelar suami ini tanpa disedari
bersikap dayus. Dayus merupakan istilah yang sangat dibenci oleh lelaki. Mereka
pastinya naik angin bila dituduh dayus. Namun begitu mereka sebenarnya tidak
menyedari apa itu dayus yang sesungguhnya.
Terdapat 14 jenis lelaki dayus:
- Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
- Membiarkan isterinya balik lewat dari tempat kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.
- Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat seperti terselak kain semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan auratnya terlihat.
- Membiarkan anak perempuannya ‘berdating’ dengan tunangnya atau lelaki lain yang bukan mahramnya.
- Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah dengan alasan kononnya ibu bapanya ‘sporting’ yang memahami.
- Menyuruh, membenarkan atau berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
- Membiarkan anak perempuannya memasuki pertandingan reality yang berunsur hiburan sehingga mempamerkan kecantikkan kepada jutaan manusia bukan mahram.
- Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
- Membiarkan isteri berkerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
- Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam sepertinya menyelamatkan dari lemas dan yang sepertinya.
- Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
- Membiarkan isteri dan anak perempuan dirawati oleh doktor lelaki sedangkan terdapat klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
- Membiarkan isteri pergi ke tempat kerja dengan menumpah rakan sepejabat lelaki tanpa rasa cemburu.
- Membiarkan isteri berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
No comments:
Post a Comment