Lahirnya seorang anak ke dunia ni telah tertulis rezeki
untuknya dan kedua dua ibu bapanya, jodohnya serta takdir hidupnya. Proses melahirkan anak bukanlah suatu perkara
yang mudah kerana seseorang ibu itu diibaratkan seperti bertarung nyawa hanya
untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad di muka bumi Allah yang luas ini.
Subhanallah. Proses mengandung yang dirasai
selama hampir 9 bulan 10 hari disulam dengan pelbagai ragam.
Pada tarikh 24 Julai 1996 lahirnya seorang muslimah yang
diberi nama SITI NOOR ALLIA BINTI NOOR ARIFFIN yang merupakan anak sulung
pasangan Rokiah Binti Othman dan Noor Ariffin bin Ahmad.. Siapakah itu? Haa sudah
semestinya la aku.. kekeke >.< Dalam keluarga aku ni agak kepoh + kecoh +
tegas + kadang-kadang sensitive terlebih + kurang tahap kesabaran tapi bukan
perengus + perfectionist ( semua benda aku nak perfect.. hehe).. Dah kenapa aku
promote diri pula ni =.=’’ Okay la back to the story la kan.. Aku sebenarnya
dilahirkan lewat 3 hari.. aku ulang 3 HARI!! Maksudnya orang lain 9 bulan 10
hari tapi aku 9 bulan 13 hari.. special gitu..
Doktor bidan tu kata aku tak nak tengok dunia. Tapi tak tahu la kan..
Aku ni jenis yang suka nak tahu.. semua benda aku nak tahu..
adik adik aku pun 9 bahagi 3 dengan aku.. hehe. So pada suatu hari tu aku pun tanya
la ummi macam mana ummi lahirkan aku, apa yang ummi mengidam masa mengandungkan
aku, kenapa aku boleh lewat 3 hari.. macam macam la aku tanya.. tapi aku tak
nak cerita yang macam macam tu.. aku nak cerita bab mengidam..
Wanita mengandung ni kalau time mengandung memang confirm
mengidam yang bukan bukan kan? Aku tak tahu laa sebab aku tak ada anak.. kahwin
pun tak lagi.. baru habis spm woo.. ni aku cerita atas pemerhatian, analisa dan
pengalaman ummi aku sendiri..
Masa ummi aku mengandungkan aku, ummi kata ummi mengidam 2
benda.. nak tahu apa? Pertama buah delima. Kedua bau petrol.. Hihihi.. bab buah
delima tu best. Yela buah delima kan sedap di makan. Antara buah buahan
berkhasiat yang diberi perhatian khusus dalam Islam. Ummi cerita setiap hari
ummi mesti kena makan buah delima.. dekat dalam fridge tu mesti kena ada stock
buah delima. Pernah suatu hari ummi sanggup pergi Singapore semata mata nak
beli buah delima. Singapore? Jauh tu.. haha. Tak la bukan jauh mana.. lagipun
kami sekeluarga ni anak jati Johor.. setakat Johor nak ke Singapore rentas jambatan
dekat stulang tu je.. Bab petrol tu pun best juga. Ummi kata kalau pergi isi
minyak dekat stesen minyak tu memang confirm la ummi akan menyelam sambil minum
air.. sambil isi minyak sambil amik itu bau petrol.. ummi kata time
mengandungkan aku bau petrol tu wangi.. manis.. hahaha >.< tapi lepas aku
selamat dilahirkan bau petrol tu ummi dah tak tahan. Tak suka katanya.. Aku
suka buah delima tapi tak berapa sangat.. Kalau bau petrol fuhh! Aku memang
suka tahap dewa la kan..
Selain tu, ada juga aku dengar wanita mengandung ni dia nak
makan sabun! Haha. Sabun dia nak makan =.=’’ lepas tu sekarangkan fenomena KPOP
ada pula tu wanita mengandung ni dia obses nak tengok drama korea, lagu korea..
-.- macam macam.. tu belum lagi yang suka minta bukan bukan. Tengah tengah
malam minta laksa, mee rebus, nasi lemak.. kalau duduk KL tu tak apa la.. ni
kalau duduk kampung ke luar Bandar ke.. mana hang nak dapat benda alah tu
tengah tengah malam?? Lepas tu bila keinginan tidak dipenuhi mula la kata
kempunan anak dalam kandungan ni.. Hahaha.. drama betul -.-
Walau apa pun wanita mengandung ni kita kena hormat,
manjakan dan penuhi keinginan dia selagi termampu kalau dah tak mampu tu jangan
pula gatal minta macam macam. Ohh tapi
bukan setakat bukan wanita mengandung je taw.. dah kalau namanya wanita kenalah
kita beri perhatian lebih.. baik daripada kanak kanak perempuan, remaja
perempuan, wanita berusia dan warga emas semuanya.. aku ulang SEMUANYA perlu
kita manjakan, lindungi dan sayangi..
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seoarang perempuan, wanita dan muslimah. Terima kasih ya Allah kerana mengutuskan aku dan memberi amanah penjagaan anak (aku) ini kepada keluarga Islam yang sentiasa mengingatiMu mengikut perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Alhamdulillah..
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seoarang perempuan, wanita dan muslimah. Terima kasih ya Allah kerana mengutuskan aku dan memberi amanah penjagaan anak (aku) ini kepada keluarga Islam yang sentiasa mengingatiMu mengikut perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment