Fenomena Korean Pop atau singkatannya KPOP kian mengukuhkan
tapaknya di negara tercinta kita, Malaysia. Siapa yang tak kenal Hallyu Star
seperti Super Junior, TVXQ, 2AM, 2PM, 2NE1, BIGBANG, T-ARA, BEAST, SHINee, FT
ISLAND dan yang terbaru kumpulan lelaki yang di anggotai 12 orang jejaka comel bersuara
lunak iaitu EXO.
Hiburan dari korea ini tidak terhad kepada music semata-mata.
Ombak drama korea seperti The Heirs, Arang and The Magistrate, Flower Boy
Ramyun Shop, BIG, Protect The Boss, Rooftop Prince, I MISS U dan sebagainya
mulai mewarnai kehidupan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan remaja. Tidak lupa
juga rancangan hiburan ‘variety show’ korea seperti Running Man, Golden Bell,
Star King, Dream Team, Happy Together, Weekly Idol, We Got Married dan
sebagainya. Rancangan hiburan korea yang santai ini sesuai untuk ditonton
bersama-sama ahli keluarga.
Namun begitu, untuk menonton rancangan kegemaran korea kita
ini kita hanya bergantung kepada subtitle seperti ENG SUB. Tidak salah untuk
kita bergantung kepada subtitle semata-mata namun alangkah lebih baik jikalau
kita mampu memahami setiap bait perkataan korea itu sendiri.
Mempelajari bahasa asing adalah suatu pekara yang sangat
menyeronokkan. Kita akan menjadi lebih istimewa jika kita tahu bahasa yang
orang lain tak tahu. Tambahan pula bahasa yang kita belajar ini adalah bahasa
kegemaran kita. Bukanlah bermaksud kita mengangungkan bahasa asing tapi untuk
belajar perkara baru minat dan kesungguhan perlu ada.
Hangul merupakan bahasa ke-4 yang aku pelajari selain bahasa
ibundaku iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Hmm setelah aku
pelajari bahasa korea ini, ternyata bahasa korea ini tidaklah sesusah mana. Kita
hanya perlu tahu character abjadnya, cara tulisnya dan bagaimana sebutannya. Mudah
bukan? Okay la meh aku tunjukkan characters yang terdapat dalam hangul.
Setakat ini dahulu perkongsian aku mengenai bahasa korea.
Aku akan cuba untuk update cara mudah belajar bahasa korea kelak. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment